Pemain Utama Dalam Industri Tukaran Mata Wang Asing Dan Bagaimana Mereka Telah Menerima Impak Dari Teknologi E-Dagang
- Dalam sektor perbankan menerusi teknologi e-dagang ini dapat mengembangkan aktiviti pembiayaan mereka melalui pinjaman dan pembiayaan sekuriti hutang swasta (PDS) dan sekaligus dapat memperbaiki pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan sektor penting dalam ekonomi.
- Perdagangan Negara dapat mengurangkan kos operasi , menjimatkan masa urusniaga serta meluaskan jaringan strategik antara pedagang agar lebih berkembang dan meluas.
- Peningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain itu, membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke Negara lain. E-dagang dalam institusi ini akan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan dimana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.
- Menjurus kepada dua bahagian iaitu runcit dan borong. Pedagang boleh melakukan transaksi jualbeli dari dan dimana sahaja dengan menggunakan e-dagang. Pedagang yang menggunakan e-dagang mampu memenuhi kehendak pasaran yang semakin berubah seperti standard dan mutu, penyampaian tepat masa dan sebagainya.
- Mengenakan langkah – langkah yang berkesan dalam e-dagang, kos dan amalan pengurusan operasi yang efisyen dapat mengurangkan kesan – kesan penurunan kadar pembrokeran dan prestasi sahan yang suram. Teknologi E-dagang boleh menggantikan fungsi seorang broker saham dalam pembelian dan penjualan saham.
http://www.fxwork.net/foreign-exchange-major.html
0 comments:
Post a Comment